(Video) Menyentuh Hati, Monyet Keletihan Tumpang Dayung Nelayan Setelah Hampir Lemas Di Tengah Sungai

Sekumpulan nelayan yang terserempak dengan seekor monyet yang sedang berada dalam keletihan kerana berenang di sungai berjaya diselamatkan dengan menggunakan dayung bot mereka.

Detik-detik penyelamatan tersebut berjaya dirakamkan dari bot nelayan berkenaan di sebuah sungai yang terletak di Tres Vendas, Rio Grande do Sul, Brazil.

Dalam video itu, lelaki tersebut telah terserempak dengan seekor monyet yang sedang berenang berdekatan dengan botnya dan tidak berapa lama kemudian menyedari bahawa monyet terbabit sedang keletihan.

Ketika mereka mendekatinya, mereka terus menghulurkan dayung bot mereka itu kepada monyet tersebut.

Monyet itu kemudiannya terus berpaut pada dayung tersebut sambil nelayan berkenaan memegangnya untuk membawanya ke tempat selamat.

Selepas perjalanan yang singkat itu, nelayan tersebut telah meninggalkannya berdekatan dengan satu dahan yang kemudian dipanjatnya sebelum pulang ke habitatnya.

Lelaki yang merakamkan video itu berkata: “Saya dan sekumpulan rakan saya sedang dalam perjalanan pulang dari berkhemah dan memancing.

“Kami ingin pulang dan dalam satu perjalanan terakhir kami menaiki bot di melalui sungai itu, kami telah ternampak monyet tersebut berenang di sungai sambil menunjukkan tanda-tanda keletihan.

“Kami terus menukar arah bot kami bagi mendekati haiwan tersebut dan segera menghulurkan dayung ke monyet itu. Ianya kemudian berpaut pada dayung kami bagi mengelakkan daripada lemas.

“Spesies monyet itu dikenali sebagai bugio dan ianya merupakan spesis terancam”.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Menyentuh Hati, Monyet Keletihan Tumpang Dayung Nelayan Setelah Hampir Lemas Di Tengah Sungai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments