(Video) Menyentuh Hati, Jemaah Di Mekah Tetap Khusyuk Beribadah Walau Dilanda Hujan Lebat

Biarpun hujan lebat menimpa bumi Mekah, ramai muslim masih meneruskan ibadah tanpa menghiraukan pakaian mereka basah. Malah, dalam kompilasi gambar dikongsikan laman Twitter Haramain, kelihatan mereka masih khusyuk menadah tangan memohon doa ketika waktu mustajab itu.

Ada yang berada di atas kerusi roda, ada yang duduk di lantai menghadap Kaabah di dalam hujan, penuh kekhusyukan. Gambaran bermakna itu membuatkan ramai warga maya dari pelbagai negara tersentuh dan menyuarakan kerinduan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu.

Rindu ke Baitullah

Moga Allah mudahkan langkah semua Muslim untuk ke Baitullah

Bermula 4 Oktober lalu, Arab Saudi telah membenarkan aktiviti umrah secara berperingkat dengan hanya 1,000 jemaah bagi setiap kumpulan. Setiap jemaah juga ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan individu disyaki positif COVID-19 daripada masuk ke kawasan berkenaan.

Kementerian Kesihatan negara itu dilaporkan telah mempersiap pusat kesihatan khusus untuk menguruskan sebarang kes disyaki berkait koronavirus.

Sementara itu, kamera pengesan haba beresolusi tinggi juga dipasang di semua pintu masuk Masjidil Haram sebagai langkah berjaga-jaga. Masjid itu pula akan dibersihkan 10 kali sehari sebelum dan selepas aktiviti ibadah kumpulan jemaah yang dibenarkan bermula 7 pagi hingga 3 pagi.

Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain
Gambar: Haramain

Sumber: Haramain

The post (Video) Menyentuh Hati, Jemaah Di Mekah Tetap Khusyuk Beribadah Walau Dilanda Hujan Lebat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments