(Video) Menyentuh Hati, ‘Frontliners’ Dipercayai Di Penjara Alor Setar Selesai Tugas, Nyanyian Dari Banduan Iringi Pergerakan Keluar Undang Sebak

Jasa petugas barisan hadapan sememangnya sangat besar untuk dibalas, namun menghargai mereka dengan layanan yang baik sudah pasti dapat meredakan keletihan dalam diri mereka. Seperti yang diketahui umum, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Alor Setar telah ditamatkan.

Perkara tersebut bermakna tugas para petugas barisan hadapan yang dikerahkan sebelum ini juga telahpun selesai. Seperti satu rakaman yang dikongsikan di laman Instagram penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi, di @abdullahkhairi_official, para banduan dipercayai di Penjara Alor Setar menyanyikan lagu yang menyentuh hati saat para ‘frontliners’ bergerak keluar.

Rakaman menyentuh hati itu telah menarik perhatian ramai, malah ada yang turut berasa sedih setelah melihat rakaman tersebut.

 

View this post on Instagram

 

🙏Frontliners Kluster Tembok dari Penjara Alor Setar tamat & selesai tugas keluar, diiringi nyayian drpd banduan2, sedih dengar😔😫😭

A post shared by Abdullah Khairi (@abdullahkhairi_official) on

Nyanyian yang memilukan itu turut membuatkan rata-rata warganet menjadi sedih dan sayu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 30 ribu kali oleh warganet.

Sumber: @abdullahkhairi_official

The post (Video) Menyentuh Hati, ‘Frontliners’ Dipercayai Di Penjara Alor Setar Selesai Tugas, Nyanyian Dari Banduan Iringi Pergerakan Keluar Undang Sebak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments