(Video) Menyayat Hati, Burung Camar Dirakam Makan “Cips” Yang Keluar Dari Lehernya Yang Cedera Parah

Detik menyayat hati apabila rakaman video seekor burung camar yang cedera parah pada bahagian leher memakan cip sebelum melekat keluar dari luka di lehernya. Rakaman video tersebut diambil oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah di pinggir pantai di Hastings Point di utara New South Wales.

“Saya memberi makan kepada burung-burung dan ketika burung camar berbalik, lehernya terbuka dan ia memakan kerepek dari lehernya sendiri,” kata salah seorang dari kumpulan tersebut kepada Daily Mail Australia.

“Saya tidak pasti apa yang terjadi pada burung tersebut, ia kelihatan cedera,” kata pelajar itu.

“Ada juga burung lain yang datang terbang dan memakan kerepek dari lehernya,” tambahnya.

“Rakan-rakan saya terkejut dan bingung kerana kami tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang boleh dilakukan atau bagaimana burung camar tersebut masih hidup.”

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Menyayat Hati, Burung Camar Dirakam Makan “Cips” Yang Keluar Dari Lehernya Yang Cedera Parah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments