(Video) Mendebarkan, Ular ‘Muncul’ Depan Cermin Ketika Kereta Sedang Dipandu Di Jalan Raya

Satu rakaman video yang memaparkan berkenaan kemunculan seekor ular daripada bonet hadapan sebuah kereta telah menjadi tular di media sosial Instagram.

Video rakaman yang dikongsikan oleh akaun Instagram @makassar_iinfo itu menunjukkan seekor ular secara tiba-tiba muncul daripada hadapan bonet kereta yang sedang dipandu itu.

Dapat didengari, pemandu yang sedang merakam kehadiran ular tersebut terkejut dengan kemunculan haiwan berkenaan.

Ketika pemandu tersebut cuba memberhentikan kenderaannya, ular tersebut seakan sedang mencari jalan untuk masuk ke dalam kenderaan itu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Instagram. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali oleh warganet.

Sumber: @makassar_iinfo

The post (Video) Mendebarkan, Ular ‘Muncul’ Depan Cermin Ketika Kereta Sedang Dipandu Di Jalan Raya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments