(Video) 'Macam mana la dia ni boleh dapat lesen?' - Axia dipandu secara melawan arus rempuh SUV & lori


Tindakan seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Axia secara melawan arus di Lebuhraya PLUS telah menyebabkan kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan lain. 


Dalam kejadian yang berlaku semalam di KM 355.2 di Lebuhraya Plus dari Slim River menghala ke Sungai, video yang dirakam saksi menunjukkan Axia tersebut dipandu secara melawan arus sebelum bertembung dengan kereta Toyota Rush. 



Dalam masa yang sama, sebuah lori yang berada di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu merempuh kedua-dua kereta itu sehingga mengalami kerosakan teruk. 


Berdasarkan gambar yang dikongsikan netizen, pemandu Axia itu dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Toyota Rush dibawa ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan ekoran mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat kemalangan itu. 


Bagaimanapun, tidak diketahui status pemandu lori berkenaan dan sehingga kini, masih belum diketahui motif sebenar pemandu Axia itu berbuat demikian.



Kes yang membabitkan kereta dipandu secara melawan arus semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini membimbangkan orang ramai. Di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya dapat memberi peringatan keras kepada mana-mana individu agar tidak berbuat demikian. 


Selain itu, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat rakaman video menggunakan telefon pintar semasa memandu kerana perbuatan seperti itu mengundang risiko kemalangan jika nasib tidak menyebelahi anda. 




r

Post a Comment

0 Comments