(Video) Lelaki Sampai Menangis Depan Bilik Bersalin, Gelisah Tak Dapat Masuk Teman Isteri Bersalin Kerana SOP

Setiap pasangan suami isteri sentiasa menginginkan rumah tangga bertambah ceria dengan kehadiran cahaya mata di dalam kehidupan. Apabila penantian yang ditunggu sudah tiba, sokongan sang suami sangat penting bagi isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat.

Apakan daya, dunia kini melanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan masyarakat perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia menyebabkan, para suami tidak dibenarkan untuk menemani isteri di ruangan bersalin.

Baru-bari ini, tular video seorang lelaki yang terpaksa menunggu di luar bilik bersalin sementara isterinya sedang berjuang melahirkan cahaya mata mereka. Video tersebut berjaya meraih lebih 6 juta tontonan dan mendapat ucapan tahniah dari warganet yang menyaksikan video tersebut.

@bahagiaaterus

selamet om Oleng🖤#fypシ #BaikUntukHarimu #fyp

♬ Ayah – Seventeen

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan tidak senang duduk dan tak berhenti mundar-mandir di hadapan pintu bilik bersalin. Kalau boleh mata tak nak terlepas pandang daripada memandang pintu bilik bersalin.

Tingkah lakunya mencuri perhatian seorang petugas di hospital berkenaan. Tanpa membuang masa, petugas tersebut berbicara supaya dirinya bertenang dan bersabar.

Tiba-tiba, suasana bertukar sebak apabila lelaki tersebut mengalirkan air mata sebaik sahaja kedengaran suara tangisan anaknya yang selamat dilahirkan.

Sumber: bahagiaaterus (tiktok)

The post (Video) Lelaki Sampai Menangis Depan Bilik Bersalin, Gelisah Tak Dapat Masuk Teman Isteri Bersalin Kerana SOP appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments