(Video) Lelaki Pertaruh Nyawa Redah Banjir Demi Selamatkan Anjing Tersankut

MANILA – Berikutan banjir yang disebabkan oleh Taufan Vamco di Filipina, kelihatan seekor anjing yang terdampar telah diselamatkan oleh penduduk Marikina yang berenang di dalam  air banjir sedalam 6 kaki itu.

Lelaki tersebut mempertaruhkan nyawanya dengan meredah  banjir berlumpur itu untuk menyelamatkan seekor anjing yang tertekan akibat tersangkut di dalam bangunan berhampiran.

Dalam video yang berdurasi 32 saat tersebut, lelaki itu dilihat berpaut pada tiang putih dan kemudian menghulurkan tangan untuk mencapai anjing sebelum mereka berenang kembali ke tempat yang selamat.

“Saya sangat mengagumi lelaki itu kerana betapa beraninya dia menyelamatkan anjing yang terperangkap di rumah yang hampir tenggelam,” kata seorang penduduk lain, yang hanya ingin dikenali sebagai Sheryl, dipetik dari Viral Press.

Untuk makluman, Filipina masih berhadapan dengan Taufan Goni, taufan paling kuat di dunia. Menurut Philippine Star, ribut itu menyebabkan kematian seramai 25 orang dan ribuan rumah musnah awal bulan ini.

Vamco adalah hembusan angin kencang, kelajuannya bersamaan dengan 96 batu/j dan boleh mencapai sehingga 158 batu per jam. Ia telah berlaku sebanyak tiga kali sejak hari Rabu malam di provinsi Quezon, tepat di selatan Manila.

Sumber- Nextshark

The post (Video) Lelaki Pertaruh Nyawa Redah Banjir Demi Selamatkan Anjing Tersankut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments