(Video) Lelaki Guna Google Earth Dakwa Temui ‘Garisan Misteri’ Sepanjang 4,000km Di Langit

Seorang pengguna media sosial mendakwa menemui ‘objek’ misteri sepanjang 3,000 batu (4,828km) melalui aplikasi Google Earth, sekaligus menjadi tanda tanya segelintir netizen.

Berdasarkan video yang dimuat naik di portal berita Daily Star, objek berkenaan kelihatan seperti awan dalan bentuk garis lurus yang merentasi beberapa negara.

Menurut pengguna Youtube, MrMBB333 yang memuat naik video berkenaan, dia mendakwa telah menemui fenomena tersebut beberapa kali sebelum ini, bagaimanapun video terbaru yang dimuat naiknya dikatakan diambil pada bulan ini.

Katanya lagi, fenomena berkenaan pernah berlaku pada 2019 dan dia melihatnya sekali lagi pada tahun ini.

Walaupun menganggap ‘objek’ berkenaan sebagai sesuatu yang luar biasa, dia bagaimana pun mengakui tidak mempunyai penjelasan dan jawapan terhadap fenomena berkenaan.

Sejak dimuat naik, video berkenaan sudah ditonton lebih daripada 50 ribu kali dan menerima pelbagai komen daripada pengikutnya, yang rata-rata berkongsi teori masing-masing.

 

 

Sumber: Daily Star

The post (Video) Lelaki Guna Google Earth Dakwa Temui ‘Garisan Misteri’ Sepanjang 4,000km Di Langit appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments