(Video) Kira Duit Hasil Kerja Atas Lantai, Kisah Budak Ini Nak Beli Mi Segera Buat Ibu Bikin Ramai Tersentuh

Bukan sedikit kanak-kanak atau remaja yang terpaksa bekerja di usia muda untuk menampung hidup. Di Indonesia baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak yang mengecat wajah dan badannya dengan warna silver dipercayai untuk mendapatkan wang.

Berdasarkan portal Suara.com, video kanak-kanak itu tular ketika sedang berada di sebuah pasar dipercayai untuk membeli mi segera buat ibunya.

Dalam video dikongsikan @yenytanmc di TikTok itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat mengira wang miliknya diperolehnya dalam keadaan tidak berkasut.

Gelagatnya menarik perhatian orang sekeliling termasuk pemilik akaun @yenytanmc tersebut. Malah, ada antara mereka yang menghadiahkan ais krim buat kanak-kanak berkenaan yang tersenyum gembira menerima hadiah berkenaan.

Berdasarkan suaranya ketika mengucapkan terima kasih kepada mereka, pemilik video percaya kanak-kanak itu berkemungkinan berasal dari Betawi.

“Mahu beli mi untuk mama,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

“Dia tidak meminta-minta ketika kita di dalam pasar mini ini. “Terima kasih ya!”, nada Betawi Tangerang macam tu (suaranya),” tulisnya.

“Semangat terus dik. Dia mahu belikan mi untuk mamanya di rumah hasil (kerja) hari ini. Kita belikan ais krim. Gembira sangat dia nampaknya,” tulis Yeny Tan.

@yenytanmc

Mau beli mie buat mama 🥺 @chelsea.mandas #karenaakuseorangibu #manusiasilver #semangat #bersyukur #blessedtobeablessing

♬ Berjuang Demi Kowe – Dwi Putra

Tersentuh melihat video berkenaan, rata-rata warga maya mendoakan anak itu agar diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu.

Moga dirahmati

Mudahkanlah dan lancarkanlah rezekinya ya Allah

Sihat-sihat ya nak

Sumber: Suara.com, Yeny Tan

The post (Video) Kira Duit Hasil Kerja Atas Lantai, Kisah Budak Ini Nak Beli Mi Segera Buat Ibu Bikin Ramai Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments