(Video) Khabib Kongsi Detik Indah ‘Bertarung’ Dengan Bapa, Cuba ‘Tumbangkan’ Bapa Namun Gagal

Ayah Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, meninggal dunia  pada Julai 2020 ketika di usia 57 tahun akibat komplikasi yang disebabkan oleh COVID-19.

Pemergiannya telah mengejutkan Khabib. Banyak pihak yang mempersoalkan tentang adakah dia akan bertarung lagi, oleh kerana ayahnya itu adalah merupakan jurulatihnya sejak dari dulu.

Pun begitu, Khabib telah tampil sekali lagi di dalam gelanggang octagon bagi mempertahankan gelaran UFC lightweight dengan menentang Justin Gaethje di UFC 254 yang diadakan di Abu Dhabi tempoh hari.

Selepas daripada pertarungan itu, ‘The Eagle’ telah nekad mengumumkan persaraannya daripada pentas tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu bertarung tanpa kelibat ayahnya di sisinya.

Dan pada baru-baru ini, Khabib telah berkongsikan satu video yang amat menyentuh hati di akaun Instagram rasminya berkenaan detik-detik indah dia bersama ayahnya itu bergelak tawa dan bergusti bersama dengan kapsyen: “Ianya adalah momen yang sangat indah. ayah (emoji hati)”.

Sepanjang video tersebut, Khabib dilihat berusaha untuk menjatuhkan ayahnya itu. Namun sebagai seorang ayah dan jurulatihnya, Abdulmanap sudah pastinya tahu setiap pergerakan yang digunakan anaknya itu.

Khabib akhirnya dikuasai oleh ayah serta gurunya dan gigih berusaha bagi mengelakkan dirinya dijatuhkan.

Ketika kedua-dua mereka sedang saling bergelut, mereka dilihat saling senyum, ketawa dan sedang menikmati detik-detik indah dalam hidup mereka. Detik tersebut juga turut boleh menjelaskan memperlihatkan ikatan hubungan yang luar biasa di antara mereka.

Video yang dimuatnaik oleh Khabib menerusi akaun Instagram rasminya itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 8 juta kali oleh pengguna Instagram.

 

View this post on Instagram

 

it was the best time. Father❤ Это было лучшее время.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Sumber: GIVEMESPORT/khabib_nurmagomedov

The post (Video) Khabib Kongsi Detik Indah ‘Bertarung’ Dengan Bapa, Cuba ‘Tumbangkan’ Bapa Namun Gagal appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments