(Video) Kenapa Ambulans Ada Bunyi Dua Siren Yang Berbeza? Abang Ni Jelaskan Perbezaan Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu

Ramai yang pernah terserempak dengan ambulans di jalan raya. Jika berselisih dan mereka ingin melalui jalan yang sama, kita pasti akan memberikan laluan kepada ambulans dahulu. Kadang tu, rasa berdebar-debar apabila diikuti oleh ambulans yang laju dengan siren yang kuat.

Tapi, korang perasan atau tidak siren ambulans sebenarnya mempunyai bunyi yang berbeza? Ambulans sebenarnya mempuyai dua siren di mana mewakili dua situasi atau keadaan pesakit yang berbeza.

Menerusi perkongsian video tiktok di Twitter, seorang brader ambulans berkongsi ilmunya di medium tersebut dengan menjelaskan dua perbezaan siren.

Menurut beliau, bunyi yang pertama menandakan pesakit yang dibawa dalam keadaan yang tidak terlalu teruk atau stabil.

Manakala bunyi yang kedua, untuk ambulans sampai ke hospital dengan cepat kerana pesakit kebiasaannya dalam keadaan kritikal atau berada dalam zon merah. Oleh itu, sirens yang dibunyikan lebih bingit supaya kenderaan lain ‘alert’ dan memberikan laluan.

Tonton video di bawah.

Sumber: Twitter @jalalmisai68, Tiktok @abgriz44

The post (Video) Kenapa Ambulans Ada Bunyi Dua Siren Yang Berbeza? Abang Ni Jelaskan Perbezaan Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments