(Video) “Ini Siapa? Abang Saya Tengah Tidur,” Adik Kantoikan Abang Sedang Tidur Ketika Kelas ‘Online’

Kelas secara atas talian mempunyai cabarannya tersendiri. Daripada gangguan capaian internet hinggalah ‘godaan’ untuk tidur, kedua-duanya boleh menjejaskan fokus pelajar ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Seperti kisah seorang remaja bernama Noah yang tular gara-gara dikantoikan si adiknya ketika tidur semasa kelas online.

Dalam video dikongsikan rakan sekelasnya, Melissa Saldana di TikTok, mereka sedang menghadiri kelas kimia melalui aplikasi Zoom. Kata Melissa, Noah telah menutup kameranya ketika sesi tersebut, membuatkan mereka tidak dapat melihatnya.

Namun ketika guru sedang mengajar, tiba-tiba muncul suara kanak-kanak kecil yang menarik perhatian mereka. Mengaku namanya sebagai Kaleb, kanak-kanak yang dipercayai adik kepada Noah itu membongkarkan ‘rahsia’ si abangnya yang sedang tidur ketika kelas ‘online’.

Kaleb: Hello?

Guru: Hello?

Kaleb: Ini saya, Kaleb. Ini siapa? Abang saya tengah tidur sekarang. Tengok? Tidur.

Video itu telah menghiburkan orang ramai dengan lebih 10 juta tontonan dengan lebih sejuta tanda suka di TikTok. Jom tonton videonya di bawah.

@melissa.saldana

he had his camera off so we couldn’t sEe him sleeping :,( #fyp #zoomuniversity #zoom #college

♬ iTs mE kALEB – Melissa Saldana🧚‍♀️✨

Sumber: In The Know

The post (Video) “Ini Siapa? Abang Saya Tengah Tidur,” Adik Kantoikan Abang Sedang Tidur Ketika Kelas ‘Online’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments