(Video) Guna 3 Bahan Saja, Ini Cara Mudah Bersihkan Kipas Tanpa Perlu Buka ‘Cover’

Pasri ramai diantara kita yang masih lagi menggunakan kipas berdiri. Sekiranya kipas ini tidak dibersihkan, mula lah melekat habuk di sekelilingnya.

Tambahan pula, untuk membersihkan kipas berdiri ini memerlukan mood dan tahap kerajinan yang tinggi. Manakan tidak, untuk membersihkannya agak leceh kerana perlu membuka besi di bahagian depan dan belakangnya terlebih dahulu. Selepas selesai dibersihkan, perlu untuk memasangnya kembali.

Namun begitu, kini anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana sebuah akaun TikTok bernama @hometipseveryday ada berkongsikan sebuah video yang menunjukkan cara-cara untuk membersihkan besi kipas berdiri ini tanpa perlu membukanya.

Mudah sahaja caranya. Anda cuma memerlukan 3 benda sahaja. Barang-barang yang diperlukan adalah serbuk penaik, cuka, dan sabun pencuci.

Dah ada semua barang-barang ini? Kalau dah ada, anda boleh rujuk video seperti berikut untuk tengok cara-cara membersihkan kipas anda dengan mudah. Selamat mencuba.

@hometipseveryday

👍Useful tips updated everyday: How to clean fan, Easiest way#cleaning #fan #cleaningtiktok #cleaninghacks #cleaningvideo #hometips

♬ NAV “Wanted You” ft. Lil Uzi Vert – rishi_zam

Sumber: @hometipseveryday

The post (Video) Guna 3 Bahan Saja, Ini Cara Mudah Bersihkan Kipas Tanpa Perlu Buka ‘Cover’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments