(Video) Gelagat Oyen Tunjuk Muka ‘Meluat’ Bila Dibawa Ke Pantai Buat Ramai Terhibur

Seekor kucing menunjukkan reaksi muka yang amat melucukan apabila pertama kali dibawa ke pantai, lapor Daily Star.

Walaupun pada awalnya kucing berkenaan, Pumpkin, dilaporkan ‘teruja’ apabila dilihat berlari-lari ketika dilepaskan, namun keadaan berubah apabila angin yang bertiup kencang menyebabkan bulunya yang tebal ‘menukar’ reaksi wajah kucing tersebut.

Bagi pemilik kucing berkenaan, dia menyifatkan apa yang ditunjukkan oleh Pumpkin adalah perasaan meluat apabila bulu-bulunya yang diterbangkan angin seolah-olah mengganggu keterujaan melawat pantai.

Gambar-gambar berkenaan pantas menjadi viral di media sosial dan mendapat reaksi menghiburkan daripada netizen.

Malah, Pumpkin turut menjadi sensasi di media sosial apabila akaun Facebook dan Instagramnya mula diikuti oleh ramai pengguna media sosial.

Walaupun telatahnya lucu, Pumpkin sebenarnya menghidap cerebellar hypoplasia, dimana satu keadaan otak yang mengganggu fungsi motornya.

 

 

View this post on Instagram

 

From my first beach trip😼

A post shared by PumpKin the Cat (@iispumpkincat) on

 

Menurut tuanya, keadaan itu menyebabkan Pumpkin kadang-kadang kala menunjukkan gerak tingkah laku yang luar dari normal.

Sumber: Daily Star

The post (Video) Gelagat Oyen Tunjuk Muka ‘Meluat’ Bila Dibawa Ke Pantai Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments