(Video) Gelagat Gajah ‘Minta Izin’ Untuk Minum Air Dalam Tangki Bagi Hilangkan Dahaga Tarik Perhatian

Gajah terkenal dengan kepandaiannya, kemampuan menyelesaikan masalah, serta kekuatan pemahaman mereka adalah sangat mengagumkan, dan video berikut membuktikan perkara tersebut.

Dalam klip video yang menjadi viral di media sosial, seekor gajah dilihat memberhentikan sebuah tangki air dan memberi isyarat kepada pemandunya untuk membuka penutup tangki bagi membantunya menghilangkan dahaga.

Pada mulanya pemandu kelihatan terganggu kerana gajah itu menghampirinya. Setelah mendapat penjelasan daripada anak Menteri Hutan Negeri Anand Singh, Siddharth Singh, yang juga hadir di tempat itu, bahawa gajah itu memintanya untuk membuka penutup tangki air dan pemandu tersebut membiarkan gajah itu menghilangkan dahaga.

Setelah selesai menghilangkan dahaga, gajah itu dilihat bergerak maju ke hadapan dalam perarakan.

Sumber : Indiatimes

The post (Video) Gelagat Gajah ‘Minta Izin’ Untuk Minum Air Dalam Tangki Bagi Hilangkan Dahaga Tarik Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments