(Video) Elok Terjelir Lidah, Lelaki Temui Ular Jenguk Kepala Dalam Mangkuk Tandas

ular dalam lubang tandas

Niat nak ‘melabur’ pun boleh terbantut jika tiba-tiba ternampak ‘kepala’ muncul dalam mangkuk tandas. Biarpun jarang berlaku, kejadian ini bukan lagi perkara pelik sama ada di luar negara ataupun Malaysia.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi video seekor ular yang muncul di dalam mangkuk tandas rakannya di Texas, lapor The Sun.

“Saya ingatkan ketakutan saya tidak rasional.. nampaknya tidak. Kawan dari Texas jumpa ini,” tulis Payton Malone pada kapsyen video yang dimuatnaik di Twitter.

Dalam video berkenaan, kelihatan seekor ular bercorak menghulurkan kepalanya sambil menjelirkan lidah di dalam lubang tandas.

Sementara itu, seorang individu menggunakan kayu golf untuk menarik reptilia berkenaan keluar dari tandas.

Menurut The Sun, salah seorang individu berpesan pentingnya menurunkan penutup tandas.

“Saya tinggal di Houston dan semua orang sentiasa memastikan penutup tandas diturunkan jika tidak digunakan. Kalau ada kebocoran dalam sistem kumbahan sama ada di saluran rumah anda atau bandar, mungkin ia datang dari situ. Ramai orang hairan bagaimana ular boleh masuk ke dalam rumah. Ini caranya,” tulisnya.

Menurut pemulihara hidupan liar New York, Randolph T. Duncan Jr., ular dalam video itu adalah dari jenis ular tikus Texas yang tidak berbisa.

“Dari klip pendek itu, ular itu kelihatan seperti ular tikus Texas. Ular tikus Texas adalah spesies reptilia yang tidak berbisa dan sering ditemui di Midwest,” katanya.

“Dari video, ia kelihatan seperti ular tikus Texas yang muda kerana warnanya yang cerah. Ular tikus Texas dewasa adalah sangat gelap, hampir hitam. Ular dewasa boleh mencecah 42 hingga 72 inci panjang.”

Ujarnya, ular berkenaan mampu menggigit mangsa.

“Paling teruk ia mampu buat jika diprovok ialah menggigit anda. Ia adalah pemburu aktif dan akan mengembara di tempat pelik untuk mencari makanan. Diet utama mereka ialah memakan tikus.

Sumber: The Sun

The post (Video) Elok Terjelir Lidah, Lelaki Temui Ular Jenguk Kepala Dalam Mangkuk Tandas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments