(Video) Dua-Dua ‘Tergamam’, Kucing ‘Selamber’ Ja Tengok Bulu Ekor Terbakar Ketika Bermain Berhampiran Api

Satu video yang menunjukkan ekor seekor kucing terbakar ketika sedang bermain-main bersama dengan seekor anjing telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seekor kucing yang berada di atas meja sambil melihat ekornya terbakar oleh api yang dipercayai berasal daripada lilin yang diletakkan di atas meja tersebut.

Ketika api menyambar ekornya, kucing tersebut dilihat seakan-akan tergamam apabila melihat ekornya dijilat api berkenaan.

Anjing itu pula dilihat seakan cuba untuk menolongnya tetapi tidak tahu perkara yang sepatutnya dibuat untuk menolong kucing tersebut.

Kedua-dua haiwan berkenaan seterusnya hanya tergamam di situ sambil melihat api tersebut terpadam dengan sendirinya.

ไงเจ้าหมาพรี่จ๊าบป่ะละ😼

Posted by นี่ เอ งัย on Monday, November 23, 2020

Video yang dimuat naik menerusi media sosial TikTok itu telah menjadi tular selepas ianya dikongsikan di Facebook.

Sehingga kini ianya telah mendapat lebih 20 ribu shares daripada pengguna Facebook.

Sumber: Facebook

The post (Video) Dua-Dua ‘Tergamam’, Kucing ‘Selamber’ Ja Tengok Bulu Ekor Terbakar Ketika Bermain Berhampiran Api appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments