(Video) Dipercayai Terlalu Lama Menunggu Untuk Gunakan Tandas, Lelaki Didakwa ‘Campak’ Sup Panas Kepada Pelanggan Lain

Seorang lelaki dilihat nekad mencampakkan semangkuk sup panas ke arah beberapa pelanggan lain di sebuah restoran dalam pergaduhan yang tercetus gara-gara penggunaan tandas terlalu lama, lapor South China Morning Post (SCMP).

Menurut SCMP, seorang wanita yang dikatakan menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas restoran itu telah menyebabkan seorang lelaki yang menunggunya naik berang.

Lelaki itu bahkan didakwa bertindak mematikan serta menyalakan lampu tandas berkenaan, kata polis.

Sejurus selepas wanita terbabit keluar daripada tandas tersebut, dia telah berbalah dengan lelaki itu.

Perbalahan itu kemudiannya bertukar menjadi ganas sementara anak kepada wanita berkenaan yang berada dalam situasi itu mula menangis.

Susulan daripada insiden itu, sebanyak 3 orang telah dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian dilaporkan telah menahan ketiga-tiga pelanggan berkenaan bagi membantu siasatan.

Sumber: South China Morning Post

The post (Video) Dipercayai Terlalu Lama Menunggu Untuk Gunakan Tandas, Lelaki Didakwa ‘Campak’ Sup Panas Kepada Pelanggan Lain appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments