(Video) Detik-Detik Cemas Sekumpulan Lelaki Nyaris ‘Disapu’ Tanah Runtuh Tular Di Media Sosial

Satu video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram @makassar_iinfo berkenaan kejadian tanah runtuh telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki hampir menempah ajal apabila tanah yang berada di lereng bukit kawasan itu secara tiba-tiba tergelongsor.

Ketika kejadian, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa lelaki yang berdiri betul-betul di kawasan tanah runtuh itu.

Mujur, lelaki yang merakam video tersebut menyedari bahawa tanah di atas lereng bukit itu sedang tergelongsor dan sempat untuk memberikan amaran kepada sekumpulan lelaki yang berada di kawasan tersebut.

Menyedari amaran tersebut, sekumpulan lelaki itu terus bergegas berlari bagi menyelamatkan diri mereka daripada tertimbus dan hanyut dibawa tanah itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kesemua lelaki itu terselamat atau pun tidak.

Video yang dikongsikan di media sosial Instagram itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 300 ribu kali oleh warganet.

Sumber: @makassar_iinfo

The post (Video) Detik-Detik Cemas Sekumpulan Lelaki Nyaris ‘Disapu’ Tanah Runtuh Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments