(Video) Detik-Detik Cemas Letupan Di Restoran Dipercayai Ketika Waktu ‘Lunch’, 34 Orang Dilaporkan Cedera

Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan tercedera selepas satu letupan besar menggegar sebuah restoran kecil di China, lapor Daily Mail.

Letupan itu dilaporkan berlaku pada waktu makan tengah hari di dapur sebuah kedai di Miluo, wilayah selatan Hunan, China.

Pihak berkuasa Miluo mendakwa bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. Polis tempatan serta pasukan bomba masih lagi menyiasat punca letupan itu, menurut satu kenyataan.

Letupan tersebut berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari waktu tempatan di bandar Xinshi, menurut Propaganda Department of the Municipal Communist Party Committee of Miluo.

Satu perkongsian di akaun media sosial rasmi jabatan itu mendakwa bahawa 34 orang telah tercedera ekoran daripada letupan itu, termasuk seorang yang mengalami cedera parah.

Pihak berkuasa tempatan sedang berusaha habis-habisan untuk menyelamatkan mangsa yang tercedera, kata kenyataan tersebut.

Rakaman daripada kamera keselamatan berkenaan insiden yang menakutkan itu telah beredar di media sosial.

Klip yang berdurasi selama 42 saat itu memaparkan asap tebal mula keluar daripada satu kawasan yang kelihatan seperti dapur.

Di awal-awal rakaman tersebut, beberapa individu dilihat berlari menjauhi asap itu, namun selang beberapa saat, mereka memutuskan untuk berjalan menuju ke asap berkenaaan bagi memeriksa keadaan.

Ketika mereka menghampiri pintu, letupan kedua berlaku, di mana letupan itu telah membuatkan restoran tersebut dilitupi oleh api yang besar.

Video terbabit berakhir dengan orang yang berada di dalam restoran itu keluar ke tempat selamat termasuk seorang pengunjung yang pada badannya masih lagi terdapat api yang membakar.

Satu lagi video berkenaan insiden tersebut yang dikeluarkan oleh Pear turut berlegar di media sosial.

Video tersebut merakamkan detik-detik susulan daripada letupan itu.

Orang ramai lihat berkumpul di bahagian luar restoran tersebut sementara terdapat kepulan asap hitam menyelebungi restoran itu.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki, yang dipercayai mangsa letupan tersebut, mengalami pendarahan di bahagian kepada dan lengannya.

Akhbar tempatan Xiao Xiang Morning News melaporkan bahawa letupan itu mungkin disebabkan oleh tangki gas dan pressure cooker.

Restoran itu menyatakan bahawa api telah berjaya dipadamkan dan lapan orang mangsa telah dibawa ke hospital di Changsa.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Detik-Detik Cemas Letupan Di Restoran Dipercayai Ketika Waktu ‘Lunch’, 34 Orang Dilaporkan Cedera appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments