(Video) Bergaduh Ke Menari Ni ? Aksi Dua Ekor Marmot Seakan ‘Bergaduh’ Tarik Perhatian

Satu rakaman berkenaan telatah dua ekor marmot yang dilaporkan diambil di Gansu, China tular di media sosial Twitter.

Rakaman tersebut memaparkan telatah dua ekor marmot yang seakan sedang bergaduh sesama sendiri. Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota.

Daripada sisi lain juga, turut boleh dikatakan bahawa dua ekor marmot tersebut sedang menari.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua ekor marmot itu sedang menari mahu pun bergaduh.

Video yang berdurasi selama 22 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih dari 80 ribu kali daripada pengguna media sosial Twitter.

Sumber: Twitter

The post (Video) Bergaduh Ke Menari Ni ? Aksi Dua Ekor Marmot Seakan ‘Bergaduh’ Tarik Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments