(Video) Baru 17 hari menikah, suami maut dikelar bekas kekasih di depan mata isteri


Baru sahaja 17 hari merasa kebahagian membina rumah tangga, tetapi wanita ini terpaksa menerima hakikat kehilangan suami yang dibunuh dengan kejam oleh bekas teman lelakinya, di depan mata.


Lapor Tribun Jateng, kejadian itu berlaku pada Jumaat, 6 November 2020, di Dusun Penpen, Pemalang, Jawa Tengah, Indonesia yang turut disaksikan oleh seorang penduduk kampung, Taripah, 51, yang menceritakan kronologi kejadian. 


Pada awalnya, mangsa yang dikenali sebagai Aldi, 25, sedang duduk di atas batu menemani isterinya, Lastri, mencuci pakaian di sungai. Taripah juga berada di situ untuk melakukan hal yang sama. 


Namun tiba-tiba, suspek, Arifin, 25, datang dari belakang dan terus menyerang Aldi dengan parang. 


"Ketika mangsa sedang asyik bermain telefon bimbit, lelaki itu datang dari belakang dan mengelar lehernya menggunakan parang," kata Taripah. 


Terkejut melihat suami yang baru dinikahinya 17 hari itu dikelar, Lastri terus menjerit ketakutan. Taripah segera menarik Lastri dan melarikan diri melalui kawasan sawah padi. 


"Aldi baru sahaja bernikah dengan Lastri dan dia merupakan orang baru di kampung kami," jelas Taripah. 


Sementara itu, Ketua Polis Belik, Trino berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian leher berdasarkan penemuan kesan kelaran sepanjang 20 sentimeter di leher mangsa. 


"Luka kelaran di leher mangsa mencapai 20 sentimeter. Bahkan kerongkong mangsa juta terputus menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya.



Suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pemalang untuk siasatan lanjut. Dalam keterangannya, Arifin mengakui dia sebenarnya kecewa, bekas teman wanitanya itu (Lastri) mengahwini lelaki lain menyebabkan dia berasa cemburu lalu nekad membunuh mangsa. 





r

Post a Comment

0 Comments