(Video) Ayah Terlantar Sakit, Gadis Lepasan Diploma Ganti Bapa Tebar Roti Canai Bantu Keluarga

POKOK SENA, 13 Nov – Demi membantu keluarga, seorang gadis lepasan diploma terpaksa melupakan hasrat untuk makan gaji, sebaliknya menggantikan tempat bapanya sebagai penebar roti canai di kedai makan milik keluarganya di sini.

Tanpa rasa kekok dan dengan gaya bersahaja, Nur Amni ‘Aqilah Ruzaini, 23, cukup berkemahiran melakukan tugas itu yang kebiasaannya dimonopoli kaum Adam, hingga mencuri tumpuan pengunjung yang datang menikmati sajian di premisnya.

“Saya mula jadi penebar roti canai pada 2015 selepas ayah saya terlantar sakit selama sebulan akibat terjatuh longkang. Sebagai anak sulung daripada tiga beradik saya menggalas tanggungjawab untuk bantu ayah buat roti canai sebab tidak ada pengganti.

“Saya cuba sedaya upaya menebar roti canai dan saya sudah tengok cara ayah menebar roti sejak kecil lagi di kedai ayah yang sudah beroperasi hampir 30 tahun lalu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Katanya, kerjaya sebagai penebar roti canai bukanlah pilihan utama untuk meraih pendapatan selepas menamatkan pengajian Diploma Vokasional dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Sungai Petani.

Namun, kegagalan dalam enam temu duga kerja memberinya tidak banyak pilihan dan beliau membuat keputusan menjadi penebar roti canai di kedai bapanya itu demi membantu keluarga.

Nur Amni ‘Aqilah berkata bagi meningkatkan kemahirannya, beliau turut menghadiri kursus membuat roti canai dan dapat mempelajari hampir 20 menu roti canai.

“Saya menebar roti dengan cara saya malah belajar dan terus belajar serta menambah baik dari semasa ke semasa untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan hinggalah ke saat ini saya sudah tidak kekok untuk berbuat demikian dan pelanggan pun puas hati,” katanya.

Selain itu, Nur Amni ‘Aqilah berkata beliau turut menjual roti canai dan murtabak sejuk beku sejak Jun lepas untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggannya sekali gus dapat meningkatkan hasil jualan.

“Saya juga bercadang membeli mesin bagi membantu saya menghasilkan roti canai dan murtabak sejuk beku ini dengan lebih cepat dan berharap pada masa akan datang saya dapat pasarkan produk saya secara lebih meluas dan diletakkan di pasar raya besar,” katanya.

TANIAHHH Dik Naa Amni…AMNI-PENEBAR ROTIGADIS LEPASAN DIPLOMA PILIH KERJAYA PENEBAR ROTI CANAIPOKOK SENA, 9 Nov (Bernama) — Setelah enam kali gagal temuduga kerja, seorang gadis dari sini mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan bapanya menjual roti canai yang beroperasi hampir 30 tahun lalu sebagai punca pendapatan tetapnya kini.Nur Amni 'Aqilah Ruzaini, 23, yang merupakan lepasan Diploma Vokasional sungai Petani 2 dalam jurusan Pengurusan Perniagaan itu juga mahir dan tidak kekok untuk menebar roti canai seperti golongan lelaki yang lebih sinonim dengan pekerjaan itu.Link 👇https://ift.tt/35r7Yep Nurrul LutfiJurukamera Saudara AdibRoti Canai Terbang Pokok Sena

Posted by Pokok Sena Maiii~~ on Wednesday, November 11, 2020

Sumber: BERNAMA

The post (Video) Ayah Terlantar Sakit, Gadis Lepasan Diploma Ganti Bapa Tebar Roti Canai Bantu Keluarga appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments