(Video) Aliff Satar ‘Belanja’ Surah Al Kahfi, Alunan Merdu Buat Jiwa Peminat Tenang & Tersentuh

Nama selebriti terkenal, Aliff Satar tidak asing lagi dengan masyarakat. Bukan sahaja memiliki suara yang lunak dan aktif dalam suka berbasikal, beliau juga sering menjadi perhatian warganet apabila mengalunkan bacaan al-Quran.

Terkini, dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Aliff memuat naik satu video pendek ysng merakamkan dirinya begitu asyik membaca Surah Al-Kahfi turut diselitkan dengan kata-kata semangat.

“Jom geng.. al kahfi kasi on! Jom race gi masjid”

Rakaman video yang berdurasi kurang dua minit ini membuktikan bahawa suara Aliff Satar sangat merdu bukan sahaja dalam nyanyian tetapi untuk saham akhiratnya juga. Seperti kita tahu, orang Islam digalakkan untuk membaca surah al- Kahfi setiap hari Jumaat agar ia menjadi pendiding keimanan yang kuat daripada fitnah dajjal.

Menerusi perkongsian tersebut, ruangan komen Aliff Satar rata-rata dihujani dengan coretan peminatnya yang mengagumi kemahiran dan kemerduan semasa membaca surah Al-Kahfi ini.

 

Sumber: Aliff Satar 

The post (Video) Aliff Satar ‘Belanja’ Surah Al Kahfi, Alunan Merdu Buat Jiwa Peminat Tenang & Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments