(Video) Aksi Main Muzik Dengan Kucing Jadi ‘Meme’ Kelakar, Kisah Hidup Bilal Gorogen Yang Ramai Tak Tahu

Penggunaan ‘meme’ di ruangan komen di Facebook sudah menjadi trending pada hari ini.

Pasti ada sahaja gambar, gif, video mahupun ayat yang mencuit hati netizen hingga ada yang sampai minta ‘PM’ video-video kelakar tu.

Tapi kan, korang perasan tak ada satu video meme lelaki main alat gendang kat atas kerusi, di sebelahnya ada kepala kucing terangguk-angguk macam ikut rentak muzik?

Pasti korang tertanya-tanya kan, siapa lelaki dalam video meme yang selalu viral di komen-komen Facebook ni?

Kalau nak tahu siapa dia, jom baca tujuh fakta di bawah ini:-

Tujuh fakta anda perlu tahu tentang Bilal Gorogen

1. Untuk makluman semua, lelaki yang bermain yenkee dalam video ini namanya Bilal Gorogen, seorang lelaki warga Turki yang kurang upaya penglihatan.

2. Dilahirkan pada 1 Januari 1988 di Bitlis, Turki, dia merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Daripada kesemua itu, hanya dia seorang yang dipercayai cacat penglihatan.

3. Walaupun kurang upaya, namun sebenarnya dia ialah seorang graduan lulusan Bahasa Turki & Kesusasteraan dari Universiti Istanbul, Turki.

Kredit: Youtube

4. Dengan bakat yang ada, Bilal membuktikan dirinya mampu menonjol dengan menyertai Yetenek Sizniziz Turkye (bahasa mudahnya Turki’s Got Talent) pada 2010.

5. Difahamkan, ketika ditemuramah sewaktu peringkat akhir, dia mahu menerima rawatan (untuk masalah penglihatan) sekiranya dia menang pertandingan itu.

6. Namun mungkin nasib tidak menyebelahinya, dia sekadar mendapat tempat kedua sahaja. Walaupun misinya untuk bergelar juara tak tercapai, tapi semangatnya masih membara. Dia tekad mahu meneruskan apa yang diceburi dengan bakatnya.

7. Sejak itu, nama dan kariernya mula terukir di seluruh Turki, selain lagu-lagu ‘permainannya’ turut terkenal di mana-mana. Dilaporkan, dia juga sering dijemput ke majlis-majlis rasmi untuk menyampaikan kata-kata motivasi.

Daripada penyanyi jalanan ke trending ‘meme’

Akhir-akhir ini, videonya yang bermain yenkee dan disunting dengan seekor kucing yang mengangguk-anggukkan kepalanya itu sudah menjadi ‘meme’ yang trending di Facebook.

Video meme ini sering ‘ditemui’ di ruangan komen di Facebook hingga ramai yang sangat terhibur.

Mungkin, gelagat si meow itu yang jadi perhatian.

Ada Youtube Channel sendiri, miliki hampir 500k ‘subscribers’

Jangan tak tahu, walaupun OKU penglihatan, Bilal sebenarnya mempunyai siaran Youtube sendiri dengan menggunakan nama Bilal Goregen.

Kira-kira lebih 200 video yang telah dimuat naik ke Youtube, Bilal kini berjaya ‘mengumpulkan’ subsribers sebanyak 495,000 setakat ini.

Bukan sahaja pandai bermain yankee dan boleh menyanyi, malah Bilal juga boleh bermain alat muzik yang lain, iaitu gambus.

Itulah kelebihan yang ada pada Bilal. Dia tak mampu melihat dunia, tapi dunia yang perlu melihatnya.

Sumber: Story Time, Youtube

The post (Video) Aksi Main Muzik Dengan Kucing Jadi ‘Meme’ Kelakar, Kisah Hidup Bilal Gorogen Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments