(Video) Aksi Lelaki Terjun Kolam Selamatkan Anjingnya Dari Dibaham Buaya Buat Ramai Berdebar Tengok

Seorang lelaki warga emas dari Florida meraih pujian ramai kerana menyelamatkan anak anjingnya dari dibaham oleh seekor buaya kecil.

Menurut NBC News, Richard Wilbanks pada ketika itu sedang menikmati waktu lapangnya sebelum mendengar anak anjing yang baru dipeliharanya, Gunner, menyalak.

Lelaki berusia 74 tahun itu terkejut melihat seekor buaya di kolam halaman belakang rumahnya di Lee County telah menarik anjing itu ke dalam air.

Dia bertindak balas dengan cepat dan melompat ke dalam kolam untuk menangkap dan membuka rahang buaya itu sehingga anjingnya boleh melepaskan diri.

Video itu dipercayai telah dirakam oleh CCTV dan dimuatnaik ke dalam media sosial hingga menjadi tular.

“Saya terkejut pada ketika itu dan ia berlaku dengan pantas,” katanya.

Dia juga mengalami beberapa luka kecil akibat dari kejadian itu dan anjingnya juga berada dalam keadaan baik.

Aksi Willbanks itu juga mendapat perhatian kerana dia kekal steady menghisap cerut sambil menyelamatkan anjingnya itu.

Sumber: NBC News

Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe.

The post (Video) Aksi Lelaki Terjun Kolam Selamatkan Anjingnya Dari Dibaham Buaya Buat Ramai Berdebar Tengok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments