(Video) “Ainul Nak Pergi Mana Tu”, Gelagat Si Comel Kesayangan Malaysia Dah Pandai Berjalan Buat Ramai Gembira

Ahmad Safiuddin berkongsi satu video perkembangan Ainul Mardhiah buat ramai tumpang gembira dengan pencapaian baru daripada anak kesayangannya itu.

Mana taknya, ayahnya berkongsi video menerusi laman Instagramnya di mana si cilik ini sudah pandai berjalan bersama ibunya. Ya, sejak akhir-akhir ini ‘buah hati’ rakyat Malaysia menunjukkan perkembangan positif.

“Ainul nak pergi mana tu?”

Walaupun perkembangan Ainul agak lewat tetapi setiap perubahan yang berlaku membuatkan ramai yang terharu dan teruja.

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan terkini Ainul Mardhiah.

Sumber: Ahmad Safiuddin

The post (Video) “Ainul Nak Pergi Mana Tu”, Gelagat Si Comel Kesayangan Malaysia Dah Pandai Berjalan Buat Ramai Gembira appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments