(Video) “Adat Berjuang, Tidak Semua Usaha Dipandang…”, Menteri Kongsi Lakonan Semula Pengorbanan “Frontliners”, Buat Ramai Tersentuh

Sepanjang negara bergelut dengan wabak COVID-19, pasti kita akan lebih tertumpu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Namun dalam masa sama, janganlah kita lupakan juga jasa menteri kesihatan kita, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang turut sama bertungkus-lumus memimpin dan menguruskan gerak kerja Kementerian Kesihatan (KKM).

Hari ini, Dr. Adham memuat naik satu video suntingan BERNAMA ke akaun Instagramnya, memaparkan tentang situasi petugas barisan hadapan (frontliner) yang terpaksa korbankan masa bersama keluarga sendiri demi menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.

Dr. Adham turut menukilkan beberapa patah kata yang menggambarkan perjuangan petugas barisan hadapan KKM buat masa ini.

Sedutan video tentang tugasan frontliner di wad pesakit | Kredit gambar: BERNAMA

Adat berjuang, tidak semua usaha dipandang, juga tidak semua kepayahan disisihkan.

Kata bijak pandai, ‘ketenangan adalah separuh ubat dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan’.

Saya akui adakalanya kita tidak terkejar untuk memerangai setiap kata nista kerana sebahagian besar tenaga kita di Kementerian Kesihatan (KKM) ini terfokus kepada usaha memerangai COVID-19.

Setinggi penghargaan saya kepada sahabat media di BERNAMA atas paparan klip yang diterbitkan ini.

Saya amat memahami segala usaha penat lelah semua frontliners dan kaum keluarga mereka yang turut terkesan.

Allah jualah sebaik-baik perngurnia balasan. Teruskan apa yang telah kita usahakan, kita mesti menang!

DR ADHAM BABA

#KitaMestiMenang
#StrongerTogether
#CegahCovid19

Sumber: Instagram Dr. Adham Baba

The post (Video) “Adat Berjuang, Tidak Semua Usaha Dipandang…”, Menteri Kongsi Lakonan Semula Pengorbanan “Frontliners”, Buat Ramai Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments