(Video) 2 Individu Cuba ‘Pecah Masuk’ Rumah Melalui Tingkap Bilik Buatkan Gadis 4 Tahun ‘Trauma’ Untuk Tidur Dibiliknya

Satu rakaman CCTV merakamkan dua orang individu dipercayai perompak sedang memecah masuk sebuah rumah melalui tingkap bilik.

Dalam klip video berdurasi 45 saat yang dikongsikan oleh media The Sun melalui laman Twitter, dua orang individu memanjat pada laluan belakang rumah tersebut. Pada mulanya seorang individu mengumpil beberapa kali tingkap sebelum berjaya membuka tingkap yang pertama kemudian berjaya membuka tingkap yang kedua dari dalam dan dengan bantuan peralatan yang dibawa. Satu daripada mereka masuk ke dalam rumah, manakala seorang lagi cuba untuk ‘memusnahkan’ CCTV yang berada berdekatan dengan bilik.

Mengikut laporan The Sun, kedua-dua perompak itu mengambil barangan kemas dan satu kotak berisi wang. Ketika kejadian itu berlaku, tiada siapa yang berada di rumah, namun perkara itu telah meninggalkan kesan trauma dan takut terhadap anak perempuan mereka yang berusia empat tahun untuk tidur sendirian dibiliknya.

Sumber : The Sun

The post (Video) 2 Individu Cuba ‘Pecah Masuk’ Rumah Melalui Tingkap Bilik Buatkan Gadis 4 Tahun ‘Trauma’ Untuk Tidur Dibiliknya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments