(Video) 14 Jam Misi Selamatkan Gajah Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 50 Kaki

Kira-kira lebih daripada 50 orang bekerjasama dalam misi selama 14 jam untuk menyelamatkan seekor gajah yang terjatuh ke dalam perigi, di Tamil Nadu, Selatan India.

Gajah itu dikatakan telah berjalan ke Desa Dharmapuri ketika jatuh ke dalam perigi dengan kedalaman 50 kaki. Perigi itu juga tidak mempunyai penghadang dan hanya ditutup oleh semak.

Parveen Kaswan, dari Jabatan Hutan India, dalam satu hantaran di Twitter berkata: ”Beginilah semalam gajah betina dari Dharmapuri, TN diselamatkan, yang jatuh di perigi terbuka.

”Setelah berjam-jam beroperasi, termasuk membekalkan makanan juga, gajah itu diselamatkan oleh pasukan hutan.

“Ia adalah perigi sedalam 50 kaki. Dan penghargaan diberikan kepada gajah juga atas keinginannya untuk terus hidup dan diselamatkan.”

Penduduk tempatan dari kampung memberitahu pegawai bertugas mengenai haiwan itu yang terperangkap pada awal Khamis.

Mereka dilaporkan menjatuhkan daun pisang ke dalam pergi untuk dimakan oleh gajah berkenaan sementara penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam.

Sebuah kren dibawa masuk untuk mengambil gajah itu, dengan rakaman yang menunjukkan haiwan itu diikat dengan tali pinggang dan digantung terbalik ketika sedang dibawa ke atas.

Gajah itu dipantau selama tiga jam setelah operasi menyelamat, dan kemudian disahkan tidak cedera dan berada dalam keadaan baik.

Difahamkan, dua gajah lain juga telah jatuh di perigi di daerah itu pada tahun lalu, menurut Reuters.

Parveen menambah: ”Perigi terbuka dan parit di laluan migrasi gajah adalah masalah besar bagi haiwan ini.

”Mereka berhijrah ke jarak jauh untuk mencari makanan dan air. ‘

‘Paling tidak yang dapat kita lakukan adalah menutup telaga atau menjaga keselamatan perigi,” katanya.

Sumber: METRO UK

The post (Video) 14 Jam Misi Selamatkan Gajah Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 50 Kaki appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments