Untuk Yang Baru Belajar Bercucuk Tanah, Boleh Cuba Teknik Semaian Pokok Limau Guna Uncang Teh

Selalunya kita baca atau lihat orang menyemai pokok sayuran atau hiasan melalui tanah, tetapi kali ini caranya berbeza.

Perkongsian daripada Gan Alma Daud yang menggunakan kaedah semaian lain daripada yang lain.

Menggunakan kaedah dari uncang teh untuk menyemai pokok limau dan hasilnya tumbuh subur.

Cara semaian yang sangat mudah dan teknik ini boleh dipraktikkan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam hobi menanam pokok.

Semai Pokok Limau Guna Uncang Teh

Bahan diperlukan:
Biji limau
Uncang teh
Bekas yang disi tanah

Cara membuat:

1. Semai biji limau dalam bekas kecil yang diletak tepi sink .

2. Tutup dengan sedikit tanah (dalam sesudu).

3. Tunggu seminggu hingga dua minggu akan keluar tunas baru (dua tiga helai daun), dan alihkan pada uncang teh.

4. Tunggu lagi hingga daun limau keluar 5 helai barulah pindahkan ke bekas tanaman.

Guna uncang teh.

Info Tambahan:

– Cara ini untuk semai limau nipis atau kasturi. Tak perlu keringkan biji kerana limau kasturi senang tumbuh.

– Jika menyemai limau purut atau lemon juga senang. Caranya potong tangkai muda yang ada 5 helai daun, celup dalam penggalak akar dan semai dalam bekas tinggi.

Artikel berkait:

Tip Simpan Limau Kasturi Boleh Tahan Berbulan-Bulan Lamanya

Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu

The post Untuk Yang Baru Belajar Bercucuk Tanah, Boleh Cuba Teknik Semaian Pokok Limau Guna Uncang Teh appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments