Universiti Di Jepun Kini Tawar Jurusan Anime & Manga Untuk Orang Ramai

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) Jepun menyetujui Universiti Profesional Kaishi, sebuah institusi swasta yang terletak di Prefektur Niigata, untuk mewujudkan Fakulti Anime dan Manga untuk tawaran pendidikan.

Institusi pendidikan tinggi Jepun melaporkan bahawa ia merancang untuk mengambil 80 orang sebagai permulaan pada April 2021.

Tambahnya, pelajar di Fakulti Anime dan Manga akan belajar lebih dari 600 jam mengenai teori dan praktik yang berkaitan dengan dunia anime dan menga.

Bukan itu sahaja, para pelajar akan secara langsung dari orang yang profesional seperti animator, pengarah animasi, artis manga, perancang watak, illustrator, pencipta permainan video, serta penyelidik dan akademik.

Sehubungan dengan itu, para pelajar yang bermknat perlu melakukan permohonan terlebih dahulu pada 1 Disember 2020 manakalaujian kemasukan pertama pula akan diadakan pada 19 Disember 2020.

Sumber: Eplica.Co

The post Universiti Di Jepun Kini Tawar Jurusan Anime & Manga Untuk Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments