Tular Daun Pisang Warna Putih Dikatakan Mirip Kain Kapan Gemparkan Penduduk, Dipercayai Tumbuh Di Sebelah Kubur

Daun pisang berwarna putih yang kelihatan seperti kain kafan di Desa Bulung Cangkring, daerah Jekulo, Kudus, Indonesia jadi tular di media sosial.

Pun begitu, keadaan daun pisang putih tersebut dilaporkan mulai layu.

“Saya hairan melihat daun pisang yang berwarna putih seperti kain kafan itu. Tetapi daunnya tampak sedikit layu,” kata seorang penduduk, Siti Sukoco kepada detikcom ketika ditemui.

Berdasarkan pemerhatian detikcom, pokok pisang yang mempunyai daun putih itu tumbuh di halaman milik Sriatun, penduduk desa Bulung Cangkring. Terdapat dua daun pisang putih. Walau bagaimanapun, warna putih yang paling jelas hanyalah pada salah satu daripada daun itu sahaja.

Dapat dilihat bahawa keadaan daun pisang tersebut mulai layu. Daun pisang itu tidak lagi segar jika hendak dibandingkan pada hari Isnin lalu.

Siti juga turut menyatakan bahawa dia berasa pelik dengan daun pisang berwarna putih yang mirip seperti kain kafan itu. Kerana sejak dari itu, baru dia tahu bahawa ada daun pisang yang berwarna putih.

“Ini merupakan kali pertama saya melihat daun pisang berwarna putih,” katanya.

Seorang penduduk lain, Isimiati, juga berkongsikan pendapat yang sama. Menurutnya fenomena ini jarang sekali berlaku. Kerana selama ini apa yang diketahuinya adalah daun pisang berwarna hijau dan bukan berwarna putih.

“Biasanya daun pisang berwarna hijau muda atau hijau tua. Fenomena seperti ini jarang sekali berlaku. Warna daunnya berwarna putih seperti kain kafan, serupa dengan pakaian solat wanita,” kata Ismiati.

Selepas daun pisang berwarna putih itu menjadi tular, penduduk setempat menjadi gempar dan berduyun-duyun datang menyaksikan fenomena tersebut.

Ramai penduduk setempat dilaporkan datang ke lokasi berkenaan untuk melihat fenomena itu. Mereka kelihatan hairan melihat daun pisang tersebut.

Bukan itu sahaja, malahan di sekitar pokok pisang itu turut terdapat warga tempatan yang ambil kesempatan untuk berjualan. Kejadian itu juga turut menjadi tarikan pelancong baru di Kudus.

Terdahulu, Pengendalian Hama Tumbuhan (POPT-PHP) daerah Jawa tengah menyatakan bahawa fenomena daun pisang putih itu adalah disebabkan oleh virus fusarium. Di samping itu, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi kejadian tersebut antaranya ialah kawasan sekitar kurang mendapat cahaya matahari.

“Daun pisang itu berwarna putih disebabkan oleh virus fusarium. Selain daripada itu juga, ianya adalah disebabkan oleh akar tanaman pisang yang busuk, kerana persekitaran tanah yang lembab, dan kurangnya cahaya matahari,” kata oegawai POPT-PHP Jawa Tengah, Sucipto kepada wartawan di lokasi.

Telah diketahui bahawa video daun pisang berwarna putih pada pokok yang tumbuh di Desa Bulung Cangkring itu menjadi tular di media sosial. Perkongsian itu menyatakan bahawa daunnya berwarna putih seperti kain kafan dan tumbuh di berdekatan kubur.

Video yang berdurasi selama 30 saat itu memaparkan keadaan daun pisang putih tersebut sementara daun yang lainnya berwarna hijau.

Pada video yang beredar di media sosial itu, seorang wanita menyatakan bahawa ada sesuatu yang aneh telah berlaku pada pokok pisang berkenaan. Kerana hanya ada satu daunnya sahaja yang berwarna putih. Wanita dalam video itu menyatakan daunnya itu seperti kain kafan kerana berwarna putih.

Pokok pisang itu tumbuh di halaman rumah milik seorang penduduk bernama Sriatun. Ketika ditemui di rumahnya, Sriatun berkata, pokok pisang dengan daun putih itu telah banyak mendapat perhatian daripada penduduk setempat.

Sumber: detik news

The post Tular Daun Pisang Warna Putih Dikatakan Mirip Kain Kapan Gemparkan Penduduk, Dipercayai Tumbuh Di Sebelah Kubur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments