Tip Simpan Daun Kunyit Tak Jadi Kuning, Kekal Segar & Tahan Berminggu-Minggu

Tidak lengkap masak rendang tanpa adanya daun kunyit. Dan biasanya kita akan beli dalam kuantiti banyak.

Namun hanya menggunakannya sehelai dua sebagai penambah rasa dalam masakan. Dan lebihan daun kunyit yang disimpan pula akan menjadi kuning dan layu menyebabkan dibuang begitu sahaja.

Simpan dalam zipper bag.

Tetapi sebenarnya ada penjagaan tertentu bagi memastikan daun kunyit tahan lama dan tetap segar walaupun sudah berminggu-minggu menyimpannya.

Jadi selepas ini jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan.

Tip Daun Kunyit Kekal Segar & Tahan Lama

Bahan diperlukan
Zipper bag

Rahsia daun kunyit kekal segar.

Cara membuatnya:

1. Bersihkan daun kunyit dengan menggunakan air. Biarkan kering.

2. Hiris halus-halus.

Dihiris halus.

3. Masukkan ke dalam zipper bag dan simpan dalam peti sejuk beku.

4. Jika memerlukan daun kunyit untuk masak, keluarkan dan rehatkan pada suhu bilik sehingga ais pada daun itu cair.

Tetap segar walaupun sudah berminggu-minggu.

Sumber: Julia ALeen Aireish

Artikel berkait:

Tanam Kunyit Senang, Beli Kunyit Hiduo & Biar Bertunas

Bungkus Dalam Tisu Lembap Dulu, Cara Mudah & Cepat Benihkan Kunyit & Halia

The post Tip Simpan Daun Kunyit Tak Jadi Kuning, Kekal Segar & Tahan Berminggu-Minggu appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments