Tip Kalau Nak Beli Earphone Atau Headphone, Tengok Berapa Jalur Pada Hujung Wayar

Earphone atau headphone antara aksesori yang selalu kita guna bersama dengan handphone mahupun komputer. Penting untuk dengar lagu sambil buat kerja ataupun layan movie sorang-sorang.

Tapi perasan tak pada hujung wayar earphone atau headphone ada jalur? Jalur pada bicu audio inilah yang berperanan memberi kesan dan kualiti bunyi yang dikeluarkan. Kalau nak beli earphone atau headphone sebaiknya tengok berapa jalur yang ada pada bicu audio di hujung wayar tu.

Bicu audio dengan satu jalur

Fungsi ‘earphone’ yang mempunyai satu jalur pada bicu audionya ialah bagi menghasilkan bunyi mono-audio sahaja. Namun, bunyi yang dihasilkan akan dikeluarkan secara terus tanpa memberi kesan stereo.

Satu jalur yang terdapat pada bicu audio tersebut adalah bagi membahagikan kepada dua elemen yang dinamakan sebagai ‘audio’ dan ‘ground’. Alat sokongan muzik jenis ini kurang mendapat sambutan kerana bunyi yang dihasilkan kurang memuaskan bagi peminat-peminat muzik.

Bicu audio dengan dua jalur

Fungsi dua jalur pada bicu audio pula adalah berperanan untuk mengeluarkan audio dengan kesan stereo. Oleh itu, bunyi yang dihasilkan sudah pasti akan memuaskan telinga setiap pendengar dengan dentuman muzik yang sangat baik.

Bicu audio jenis ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kanan, kiri dan ‘ground’. Disebabkan itu, bunyi yang dikeluarkan bagi kedua-dua ‘earphone’ adalah berbeza namun masih di dalam rentak yang sama. Sudah pastilah, earphone jenis ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat muzik kerana dapat menghasilkan kualiti muzik yang sangat baik.

Bicu audio dengan tiga jalur

Bicu audio dengan tiga jalur merupakan yang paling maju setakat ini. Perkara ini adalah kerana ianya juga dapat menyokong fungsi mikrofon yang dipasang bersama ‘earphone’. Ianya dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ‘ground’, kanan, kiri dan juga mikrofon.

Di samping dapat menghasilkan audio yang berkualiti, alat sokongan muzik ini juga dapat menerima audio daripada suara manusia bagi disalurkan ke dalam rangkaian telefon ketika membuat dan juga menerima panggilan.

Sumber: Siakapkeli

The post Tip Kalau Nak Beli Earphone Atau Headphone, Tengok Berapa Jalur Pada Hujung Wayar appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments