TERKINI: “Kami Akan Ke Mahkamah Agung,” Dakwa Berlaku Penipuan, Trump Mahu Undian Dihentikan Serta Merta

Terkini, Donald Trump meminta agar semua pengiraan undi dihentikan serta merta berikutan mendakwa terdapat penipuan di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020.

Beliau yang jelas tidak senang apabila pemenang belum diisytiharkan berkata, perkara tersebut menjejaskan integriti negara kerana mendakwa partinya telah memenangi pilihan raya kali ini.

“Ini memalukan negara kita. Kami bersiap untuk memenangi pilihan raya ini. Terus terang, kami memenangi pilihan raya ini.

“Jadi tujuan kita sekarang adalah untuk memastikan integriti demi kebaikan negara ini, ini adalah saat yang sangat besar, ini adalah penipuan besar terhadap negara kita,” kataTrump menerusi video yang dimuat naik.

Oleh itu, Trump akan membawa perkara ini ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan perhitungan undi.

“Kami mahu undang-undang itu digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, kami akan pergi ke Mahkamah Agung AS. Kami mahu semua pengundian dihentikan.

”Kami tidak mahu mereka mencari sebarang kertas undi pada pukul 4 pagi dan menambahkannya ke dalam senarai, OK? ” kata Trump.

Sumber: The Sydney Morning Herald

The post TERKINI: “Kami Akan Ke Mahkamah Agung,” Dakwa Berlaku Penipuan, Trump Mahu Undian Dihentikan Serta Merta appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments