TERKINI: Empat Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Termasuk Kluster Kube Di Kelantan

kluster baru covid-19

Putrajaya, 10 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu melibatkan negeri Sabah dan Kelantan.

Berikut merupakan maklumat kluster berkenaan.

Kluster pertama, Kluster Liawan melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks merupakan kes ke-37,553 yang dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 5 November lalu.

Beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Keningau. Hasil saringan ke atas 95 individu mendapati 23 individu kontak rapat positif COVID-19. Seramai 54 lagi negatif manakala 17 masih menunggu keputusan.

Kluster kedua hari ini adalah Kluster Tatahan yang melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes ke 32,597 dikesan positif dalam saringan individu bergejala pada 1 November lalu. Sehingga kini, seramai 28 individu telah disaring di mana 18 kes dikesan positif dan 10 individu negatif.

Kluster ketiga merupakan Kluster GK Tawau melibatkan wilayah Tawau, Sabah. Kes indeks ke-12,923 ini dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober lalu.

Hasil saringan ke atas 168 individu mendapati seramai 49 individu positif termasuk 48 kontak rapat, 41 negatif dan 78 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster terakhir merupakan Kluster Kube yang dikesan di Kota Bharu dan Tanah Merah di negeri Kelantan. Kluster ini melibatkan kes indeks, kes ke-40,206 yang didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 7 November lalu.

Hasil saringan mendapati seramai 9 kontak rapat positif COVID-19. Setakat 10 November, seramai 61 individu telah disaring di mana 10 positif, 46 negatif dan 5 lagi masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

The post TERKINI: Empat Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Termasuk Kluster Kube Di Kelantan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments