TERKINI: Dukacita Dimaklumkan, Dua Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sabah

Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak dua pertambahan kes kematian dicatatkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 350 kes bersamaan 0.57%.

Berikut merupakan perincian bagi kes-kes kematian tersebut.

Kes kematian 349 iaitu kes nombor 60, 141 melibatkan seorang lelaki Bukan Waragnegara dari Sabah berumur 47 tahun, beliau mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Semporna.

Kes kematian 350 iaitu kes nombor 60, 647 pula melibatkan seorang lelaki Bukan Warganegara dari Labuan berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit strok. Beliau meninggal di Hospital Labuan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post TERKINI: Dukacita Dimaklumkan, Dua Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sabah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments