TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Dua Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa terdapat sebanyak dua kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 337 kes bersamaan 0.6%.

Kes kematian 336 iaitu kes nombor 51, 858, seorang lelaki warganegara berusia 80 tahun meninggak dunia di Hospital Duchess of Kent.

Kes kematian 337 pula melibatkan kes nombor 53, 951 iaitu seorang perempuan berusia 58 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD). Beliau meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Takziah buat seluruh ahli keluarga.

Sumber: Radio Televisyen Malaysia

The post TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Dua Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments