TERKINI: 3 Kluster Baharu COVID-19 Dikenal Pasti Hari Ini

kluster baru covid-19

Putrajaya, 11 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 3 kluster baru telah dikenalpasti hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster tersebut hanya melibatkan negeri Sabah.

Berikut adalah perincian kluster berkenaan.

Kluster pertama ialah Kluster Karamunting yang dikesan di Sandakan. Kluster melibatkan kes ke-18,492 yang disahkan positif hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober lalu. Pesakit kemudiannya dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Hasil saringan mendapati seramai 20 kontak rapat positif COVID-19 dan kesemuanya telah dimasukkan ke pusat kuarantin.

Seramai 30 individu telah disaring di mana 21 positif dan 9 negatif.

Kluster kedua merupakan Kluster Saga yang dikesan di Kota Kinabalu.

Kes indeks kluster ini merupakan kes ke-41,492 yang dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 8 November lalu.

Hasil saringan mendapati 8 lagi kes positif yang terdiri daripada kontak rapat. Sehingga hari ini, seramai 56 individu telah disaring di mana 9 didapati positif manakala 47 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster ketiga, Kluster Haven melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Seramai lima kes indeks telah dikesan positif hasil saringan individu-individu bergejala. Setakat ini, seramai 140 individu telah disaring di mana 11 positif, 112 negatif dan 17 lagi masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

The post TERKINI: 3 Kluster Baharu COVID-19 Dikenal Pasti Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments