Teknik Perah Santan Untuk Dapat Perahan Santan Pekat Lebih Banyak

Santan perah memang tak dapat dinafikan lagi sedap kalau kita guna dalam masakan. Tapi ramai tak tahu teknik perah santan untuk dapatkan santan pekat lebih banyak. Bila dapat santan pekat macam ni, guna dalam masakan memang puas hati.

Yatie Eimra  ada berkongsi teknik perah santan yang diajar oleh ibunya untuk dapatkan perahan santan yang pekat. nak perah santan, nak dapat

Ini cara yang mak saya ajar untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak. Ini caranya.

1. Sediakan air suam

Untuk dapatkan santan yang pekat, kita kena gunakan air panas suam & gunakan blender. Jangan guna air terlampau panas (air panas menggelegak) sebab santan akan pecah minyak. Gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1.

Ataupun kalau simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh juga guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam). Air kena suam supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.

2. Bahagian santan pada 2 bahagian

Air panas suam tadi dituang sedikit dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit (sampai boleh blend saja). Perah/tapis santan tadi.

3. Guna air perahan santan pertama

Ambil satu lagi bahagian kelapa parut tapi kali ini gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi saja.

Kenapa kelapa parut kena bahagi 2? Sebab kalau sekali blend saja lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar. Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama saja kita tambah air.

Tengok dalam gambar di bawah, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun. Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan.

4. Blend semua sekali

Bila sudah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali kedua ini dapat santan cair saja tapi masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat (rujuk gambar di bawah).

Cara ini untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang pertama, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit saja.

TIP
Jika nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh juga.

Sumber: Yatie Eimra

The post Teknik Perah Santan Untuk Dapat Perahan Santan Pekat Lebih Banyak appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments