Tanam Sawi Guna Keratan Batang, Lepas 7 Hari Nampak Hasil. Begini Cara Buatnya!

Kebiasaannya kita akan membuang saja lebihan potongan sayur di bahagian bawah.

Rupanya lebihan keratan batang ini boleh digunakan untuk menyemai pokok baru.

Misalnya dengan menggunakan keratan batang sawi, lebihan kita masak dan apabila sudah mengeluarkan daun, boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman.

Perkongsian oleh Puan Nora Razak ini mudah dipraktkkan terutama untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok.

Tanam Sawi Dari Keratan Batang

Percubaan pertama

Pertama kali buat, potong batang sawi terlalu pendek, namun percubaan ini nampak berjaya.

Langkah seterusnya
1. Potong tinggi sedikit batang sawi atas daun pucuk yang baru nak hidup. Rendamkan dengang sedikit air.

2. Air perlu ditukar setiap hari bagi mengelakkan batang sawi busuk apabila air sudah kotor.

3. Pada hari ketiga, batang sawi akan dipindahkan ke bekas tanaman Cocopeat.

4. Pada hari ketujuh kita akan lihat batang sawi akan hidup dan mula berkembang. Siramlah dan jaga seeloknya.

The post Tanam Sawi Guna Keratan Batang, Lepas 7 Hari Nampak Hasil. Begini Cara Buatnya! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments