Tak Perlu Beli Dah, Buat Sendiri Kek Coklat Moist. Bahan Utama Minyak Masak, Kukus 15 Minit Saja

Ramai yang jual kek coklat moist dalam bekas kecil macam ni. Tapi kalau kalau kita nak makan sendiri pun boleh saja.

Boleh ikut langkah dikongsi Nasriah Ramli. Kek coklat moist ini katanya untuk manisan anak-anak yang berkurung di rumah.

Jelas Nasriah, cara buatnya mudah, bahan utama minyak masak dan bancuh pakai blender saja. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah demi langkah ini. Nak mulakan jualan pun boleh juga.

Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
Campur semua bahan A, Masak atas api kecil sampai larut.

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Satukan bahan B dan ayak

Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan bahan dalam blender, kisar hingga putih

Cara membuat:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul whisk saja dan bancuh hingga sebati dan tiada ketulan tepung.

2. Panaskan periuk kukusan tuang adunan kek dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

3. Sediakan bahan untuk topping coklat. Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (minyak masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis

4. Cara buat topping coklat
-Satukan semua bahan dan masak menggunakan teknik double boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
-Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.Tabur coklat rice untuk hiasan. Sedia untuk dinikmati.

Siap
Selamat mencuba!

Sumber: Nasriah Ramli

 

The post Tak Perlu Beli Dah, Buat Sendiri Kek Coklat Moist. Bahan Utama Minyak Masak, Kukus 15 Minit Saja appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments