Tak Berperikemanusiaan, Wanita Dilapor Maut Dibelasah Suami Gara-gara Kemalangan Kecil Skuter Elektrik

Bukan sahaja diherdik, seorang wanita maut setelah dipukul oleh suaminya di tengah-tengah kesibukan di sebuah jalan di China, lapor Independent.

Video kejadian itu telah tular dan mengundang kemarahan ramai.

Menurut media negara itu, kejadian tersebut bermula dengan kemalangan kecil di bandar Shuozhou setelah pasangan suami isteri itu berlanggar dengan kenderaan lain secara tidak sengaja semasa sedang memandu skuter elektrik.

Menerusi video tersebut, penunggang basikal, pemandu kenderaan dan pejalan kaki termasuk kanak-kanak menyaksikan kejadian serangan di tepi jalan itu.

Beberapa saat kemudian, wanita tersebut dilihat terbaring dengan dipenuhi darah.

Satu lagi video lain dari sudut yang berbeza memperlihatkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat empat orang yang menyaksikan lelaki tersebut menyeret wanita itu ke tanah dan memukulnya berulang kali dengan kerusi.

Polis mengesahkan bahawa wanita itu telah terbunuh pada pagi Sabtu lalu.

“Suspek kini berada di bawah jagaan Public Security Organs dan kes tersebut kini sedang disiasat sepenuhnya,” kata jurucakap polis.

Sumber: Independent

The post Tak Berperikemanusiaan, Wanita Dilapor Maut Dibelasah Suami Gara-gara Kemalangan Kecil Skuter Elektrik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments