Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Direman Tujuh hari

Remaja perempuan yang juga suspek kes pembunuhan seorang remaja iaitu Nur Surya yang ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan di reman tujuh hari untuk siasatan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda telah membenarkan tempoh remah bermula hari ini hingga 9 November depa terhadap suspek yang berusia 19 tahun untuk memudahkan siasatan polis terhadap kes tersebut.

Suspek yang memakai seragam lokap berwana ungu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.10 pagi itu dikawal oleh dua anggota polis wanita.

Suspek ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu pada jam 7.30 pagi dengan ditemani oleh ibunya yang pada mulanya untuk membantu siasatan, namun keterangan remaja tersebut mencurigakan.

Rakaman video suspek berhampiran rumah mangsa menjadi viral sejak semalam setelah mayat Siti Nur Surya, 19, dengan luka di badan dan tangan kiri terputus, ditemui di rumahnya oleh adik perempuannya yang berusia 15 tahun di 2.30 petang hari Ahad yang lalu.

 

Sumber: Bernama

The post Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Direman Tujuh hari appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments