Susah Senang Sama-sama Sehingga Tua, Suami Cekal Jaga Isteri Buta Di Pondok Usang

Tidak semua orang dikurniakan dengan harta yang melimpah ruah namun setiap orang diseru untuk sentiasa membantu orang yang memerlukan tidak kira sebesar dan sekecil mana pun bantuan tersebut.

Siapa sangka bahawa sedikit bantuan tersebut boleh menjadi sangat bermakna bagi individu yang menerima.

Hidup di kota yang sibuk dengan hiruk pikuk manusia, sesekali ‘jengahlah’ orang-orang yang mungkin sangat memerlukan bantuan.

Melalui kiriman Wan Uras Yida di Facebook, beliau berkongsi mengenai perjalanan bersama pasukannya dalam membantu seorang warga emas bersama isterinya yang buta.

Hidup di pondok yang kecil dengan kudrat yang kian memudar, mereka saling menjaga di antara satu sama lain.

Bismillah. Ziarah bulanan di Pondok Cinta kali ini saya ambik video sikit untuk renungan kita bersama. Di pondok ini di diami sepasang suami isteri yang sudah tua dan isterinya buta. Apa yang saya nak sampaikan adalah nikmat kehidupan.

Rasa sayang, mereka hidup bahagia, sama-sama susah dan senang hingga tua, isteri bersyukur apa yang ada, mereka lebih bahagia dan tenang hidup di kawasan ini tanpa gangguan. Kadang-kadang kita hidup mewah tapi hati tidak tenang kerana terlalu cemas memikirkan masa depan. Syukuri nikmat, masa depan dan rezeki itu urusan Allah.

#PondokCinta
#jumsedekahuntukorangmiskin
#SyukuriNikmat

Gambar Via Wan Uras Yida
Gambar Via Wan Uras Yida
Gambar Via Wan Uras Yida

Sumber: Wan Uras Yida

The post Susah Senang Sama-sama Sehingga Tua, Suami Cekal Jaga Isteri Buta Di Pondok Usang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments