Suami Sanggup Habiskan Lebih RM 7K Pasang Iklan Sebagai Kejutan Hari Jadi Isteri

Tom Liwafa membuat kejutan kepada isterinya, Delta Hesti sempena hari lahir dengan menghabiskan 25 juta rupiah (RM 7251) untuk memasang papan iklan yang memaparkan ucapan hari jadi yang ke-28 tahun.

Menerusi video yang tular, kejutan Tom Liwafa membuatkan isterinya terkejut dan gembira melihat ucapan selamat hari jadi beserta gambar dirinya di papan iklan itu. Tom Liwafa mengatakan bahawa iklan tersebut dipasang selama 10 hari bermula 23 November 2020 hingga 2 Disember 2020.

Menurut laporan, pasangan suami isteri tersebut digelar sebagai crazy rich Surabaya kerana berjaya menjadi ahli perniagaan dalam pelbagai bidang.

“Saya mahu menyambut dengan melakukan kelainan daripada kebiasaan orang lain lakukan.

“Syukurlah, isteri saya gembira dengan kejutan tersebut,” katanya.

Bukan itu sahaja, Tom Liwafa juga menjadikan ulang tahun isterinya menjadi satu hari yang bermakna dengan mengadakan acara perasmian perniagaan untuk isterinya.

“Hanya peresmian premis perniagaan untuk isteri. Ini bukan kejutan karena sudah kami siapkan lebih awal,” jelasnya.

Sumber: Kompas.Com

The post Suami Sanggup Habiskan Lebih RM 7K Pasang Iklan Sebagai Kejutan Hari Jadi Isteri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments