Siram Dengan Air Bawang, Tip Pokok Kesum Cepat Merimbun & Banyak Akar. Boleh Buat Pada Pokok Sayur Lain Juga

Pokok kesum antara yang selalu ditanam di rumah kerana banyak kegunaannya dalam masakan. Senang bila nak masak ambil saja, tak perlu keluar beli di kedai.

Tapi ramai yang tanam pokok kesum ini mengadu kurang subur dan rimbun sedangkan daun-daun itulah yang penting untuk kita guna.

Bagi yang nak gunakan kaedah tanpa baja kimia, boleh gunakan petua air bawang ini supaya daun kesum banyak pucuk dan akar.

Cara ini dikongsi oleh Noridah Tahir. Selain pokok kesum air bawang ini boleh juga digunakan pada sayuran berdaun yang lain.

Jirus air bawang untuk banyak akar, sembur untuk banyakkan pucuk

Guna air bawang merah barulah pokok kesum keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai pula dalam botol mineral untuk tambah koleksi kesum.

Cara buat air bawang merah;

1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau kalau guna bawang merah besar ambil satu biji.

2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.

3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.

4. Peram 1 hingga 2 hari.

5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.

Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.

Cara tanam pokok kesum

Ini pula cara beliau menanam pokok kesum;

– Ambil keratan batang pokok kesum, letak dalam air sampai keluar akar.

– Kemudian tanam dalam bekas tak berlubang. Medium guna cocopeat dan tanah sawit.

– Siram hingga bertakung, sebab kesum perlukan air yang banyak, menjelang tengah hari biasanya air dah tiada diserap pokok. Letak di tempat yang kena cahaya.

– Siram dengan air bawang untuk cepatkan keluar pucuk dan akar.

Sumber: Noridah Tahir

The post Siram Dengan Air Bawang, Tip Pokok Kesum Cepat Merimbun & Banyak Akar. Boleh Buat Pada Pokok Sayur Lain Juga appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments