PKPB: Suami Isteri Tinggal Berjauhan Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Bertemu, Dengan Kebenaran Polis

Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan ingin merentas negeri dan daerah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan merentas dengan kelulusan dan kebenaran pihak polis.

Hal ini tertakluk kepada negeri yang terlibat dengan tempoh PKPB sahaja. Bagi pasangan dari Perlis, Kelantan dan Pahang tidak perlu berbuat demikian.

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini.

PKPB : PASANGAN SUAMI ISTERI PJJ DIBENARKAN RENTAS NEGERI DAN DAERAH SEPANJANG PKPB, ISI BORANG DAN DAPATKAN KELULUSAN PDRM

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, November 12, 2020

 

Sumber: GCC Malaysia

The post PKPB: Suami Isteri Tinggal Berjauhan Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Bertemu, Dengan Kebenaran Polis appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments